Monday 7 April 2014

Kehidupan : Bahagian I

Post saya di blog ini kebanyakannya bertajuk .... 'Kehidupan' ~~~ walawwehhh banyak benda hendak diceritakan pasal bab kehidupan ni, lagi-lagi kehidupan akhir zaman fitnah ni.. itu sebab saya pecahkan kepada beberapa bahagian.  ^_^ Amaran  : Isi kandungan di dalam post ini agak berserabut sikit.. sorry..


Setiap insan pasti mengidamkan sebuah kehidupan yang sempurna... hidup mewah, gaji banyak, dan sebagainya. Kalau boleh semua kita benda dekat dunia ini semua kita hendak miliki. :) 

Siapa tidak mahu hidup senang? Kalau dah hidup senang, boleh la tampung keluarga bila besar nanti kan.... Bahagiakan mak ayah... :) alangkah 'best'nya kalau mak ayah kita bangga terhadap kita! ^_^  

Tapi malang seribu kali malang, masyarakat kita pada zaman yang serba moden sering beranggapan bahawa kehidupan yang sempurna mestilah dimulakan dengan HARTA duniawi... (duit, emas, dan barang-barang yang seangkatan dengannya). Kita sering kali alpha dengan kecanggihan teknologi yang telah disediakan didepan mata kita... Siapa kata teknologi tidak bagus, bagus apa... tapi janganlah kita LUPA DIRI sampai terlalu asyik melayan gadgets terkini... hingga lupa beribadah kepada Allah. Ingatlah siapa kita di sisi Allah... hanya seorang hamba.. :)




'MEREKA TAHU DOSA, TAPI TAK MAHU BERUBAH??'
                 

Kerana apa? Kerana mereka lupa terhadap ALLAH.... adakah anda seperti mereka? minta jauh.... ^_^ 


Ramai orang hendak berubah, tapi gagal. Sebab lupa ALLAH

Guys,  saya menyeru supaya anda ingat Allah tidak kira diwaktu anda senang mahupun susah, sebab  dalam bab agama kita perlu bertegas.

Tak kira lah anda berkerjaya ke, sampai kerja lewat malam... buat la, asalkan AGAMA DIDAHULUKAN.
Apa guna kerja lewat malam, tapi solat pun tinggal. 

Akhirul kalam, sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka buat hamba Allah yang ingin kembali ke jalan agamaNya.. 

^_^

-ceria sikit!-







Pendahuluan : Introduction

Assalamualaikum kepada semua warga pembaca di luar sana. Moga anda senantiasa sihat sejahtera, in sha Allah.
Selamat Datang ke laman blog saya, FixVita.


Tujuan utama saya membuat blog ini hanyalah untuk berkongsi pendapat dan cadangan kepada pembaca semua tentang sesuatu perkara yang berlaku disekeliling kita....(akan diperincikan melalui tajuk-tajuk dalam blog saya) .



*wokeeyyy laa..itu ja intro blog saya...*

-ceria sikit!-